Monday, March 20, 2023

Emosi yang dicari

Cinta..
Satu perasaan yang lahir dari hati
Tulus ikhlas
Tanpa prejudis

Cinta..
Bisa menyemarakkan semangat
Meningkatkan keyakinan diri
Serta perjuangan meniti hari

Cinta...
Kasih sayang yang tiada bandingan
Hadir tanpa paksaan
Dengan rela hati meluahkan

Cinta...
Tanpa sempadan
Menuntut pengorbanan
Sepenuh jiwa dan raga

Cinta...
Yang Allah campakkan di dalam hati
Ibarat setitik air yang didalam lautan
Nampak sedikit tetapi dirasakan seluruh isi dunia
Allahu akbar
Allah maha besar yang menjadikan perasaan ini

Cinta..
Yang paling hakiki 
Hanya cinta-Mu ya Ilahi


Ummu Ameerah 
1510H
20032023
Seremban

Thursday, March 09, 2023

Hikmah

Orang yang kuat itu
Sabar saat di uji
Tenang hadapi
Redho dan sedar akan diri
Hamba Ilahi

Katakan pada diri..
Hikmah pasti hadir bagi yang berfikir
Bermonologlah...
Kalau itu boleh memujuk jiwa..

Percaya..
Yakin dengan aturan ilahi
DIA pernah berkata dengan kalam-Nya yang agung
Tidak akan diberati hamba-Nya,melainkn DIA tau kemampuan setiap makhluk-Nya

Nah...
Jelas..
Kamu itu kuat
Allah itu tahu kamu mampu
Yang tinggal..hanya kamu 
Gunakan akal yang dinugerahi
Timbang tara segala baik buruk
Sabar
Redho
Tabah
Dan jangan lupa sujud dan doa
Hanya pada-Nya.
InshaAllah kamu pasti berjaya😘

Ummu Ameerah 2023
1243PM
09032023
Seremban

Tuesday, March 07, 2023

Sendayan X-Park

tengok sini
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Musim cuti sekolah atau dihujung minggu,kalau tak tau nak jalan ke mana.dan berminat dengan sukan lasak...kalian boleh ke Sendayan Xpark,Negeri Sembilan
Antara aktiviti yang disediakan:
✅go-kart indoor dan outdoor
✅ATV
✅wall climbing
✅flying fox
✅paint ball
✅archery
Ada pakej disediakan.Jimat ikut pakej lagi.
Tak jauh dari  Xpark ni ade Golf driving range juga,dan semestinya ada tempat makan disitu.
Saya dah join dengan kawan-kawan saya..review saya...memang best!!
Jom tengok antara aktiviti yang ada.
Lokasi Xpark Sendayan



Monday, March 06, 2023

Servis kereta ansuran

Nak servis kereta tapi nak bayar sepenuhnya..macam berat sedikit sebab banyak pulak nak guna duit bulan ni..
Kalau ada ansuran pun bagus kan...
Ye ..memang ADA.😘
Nak tau lebih lanjut sila baca sedikit perkongsian dari pengalaman saya sendiri pada awal tahun 2023.

A. Kereta
2 buah kereta

B. Bayaran
Ansuran selama 3 bulan.
C. Interest:
0%
Ini paling saya suka.

D. Kad kredit/debit:
kad debit 

 D. Cara pembayaran:
Melalui Apps paylater.
ATOME ( A-to-Me)
ini yang saya gunakan.Ada juga Apps lain seperti Pace dan Pay Later.

E. Nama kedai/workshop:
Petronas Autoexpert @ Pusat Servis Kenderaan Autovettura
Portal Rasmi : Portal Rasmi

* Pastikan hubungi cawangan sebab ada yang tidak menggunakan kaedah pembayaran ansuran ini.

Review ikhlas saya :
'highly recommended'

Cuma ...satu je masalah
Ia belum menyeluruh di setiap negeri.Bagus kalau dapat ada cawangan disetiap negeri,sebab ia sangat membantu tambah-tambah sejak berlakunya kenaikan harga-harga barang.

Terima kasih autovettura,Kajang.




Wednesday, February 22, 2023

Halal Caddy Girl

 Saya boleh ikut kesayangan saya buat pertama kali dia main golf. tugas saya memang dikerah masatu ...heheheh
 saya perlu bawak buggy, sediakan kayu dia, cuci kayu setiap kali lepas dia pukul, bagi dia air dan bonusnye lap lap peluh sikit sebab halal caddy kan.

satu je saya tak buat..advise dia..kita caddy acah2 aje mana tau pasal golf. yang penting kita sentiasa dapat dengan dia kan. Dengan sepenuh kasih sayang❤️

CARA TERBAIK UNTUK RUTIN HARIAN YANG LEBIH PRODUKTIF






ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera, 
 Apa yang saya lakukan untuk hidup lebih produktif?
 Rahsianya ialah...... 

Saya mengurangkan masa dengan media sosial. 

Sejak kebelakangan ini, saya sudah jarang menghabiskan masa di media sosial.
Kebiasaannya saya akan melayari Facebook dan Instagram. bukan 1 jam..tapi lebih dari itu lagi.Bila sudah mula di alam maya banyak perkara yang di 'luar jadual' harian. Paling bahaya dan menyusahkan bila ia menjadi habit dan ketagih. Walaupun sebagai seorang surirumah yang punya lebih masa yang fleksibel, tetapi pengurusan masa memainkan peranan agar kehidupan harian saya lebih seimbang Pada awalnya memang agak sukar, sebab ia dah jadi satu habit .Setiap hari mesti update post. Sekarang tidak lagi.Alhamdulillah...dalam tempoh sebulan dua ni memang banyak beza. Banyak perkara yang banyak saya buat dan lebih fokus dalam mengurus rumah dan keluarga jika dibandingkan sebelum ini. bagi saya yang tidak pandai nak uruskan masa dengan penggunaan media sosial, cara terbaik ialah dengan dengan cara begini. Sekali sekala saya akan buka tapi saya tetapkan masa.Sebagai contoh di FB pengguna boleh 'set reminder. selamat mencuba...insyaAllah pasti berjaya..yang penting usaha. Banyak perkara yang lebih bermanfaat dari kita membuang masa berjam-jam'scroll' FB/IG dan lain-lain. Dengan sepenuh kasih sayang❤️

Teruslah melangkah..








Terkadang hidup kita dirundung malang tanpa di duga

Terkadang kita hilang pertimbangan saat berada dititik yang paling lemah

Terkadang perasaan kita hanyut dibawak arus emosi yang menggila

Terkadang dilema seorang insan yang bertubi-tubi diuji menghilangkan kesabaran dan ketabahan 

Terkadang kita hilang sayap untuk terus terbang ...

Semua itu bukanlah penghalang untuk kita terus melangkah...

Teruskanlah langkahmu demi sebentuk jiwa yang masih bernyawa...

Sayangi dirimu
Sayangi keluargamu
Teruslah melangkah walaupun payah
Kerna ,dihujung langkah itu pasti ada sinar yang menyinari kegelapan hidupmu

Catatan seorang insan yang sering alpa
Ummu Ameerah 
2358H
21 Feb 2023
1 Shaaban 1444


Dengan sepenuh kasih sayang❤️

Emosi yang dicari

Cinta.. Satu perasaan yang lahir dari hati Tulus ikhlas Tanpa prejudis Cinta.. Bisa menyemarakkan semangat Meningkatkan keyakinan diri Serta...